Make your own free website on Tripod.com

Hak cipta Unit Maklumat, Panitia Kemahiran Hidup
SMK Dato' Ahmad, 33400 Lenggong, Perak.

 

 
PANDUAN
S.L - Sebelah luar
S.D - Sebelah dalam
Kelim - proses menyambung dua kepingan kain Garisan pemadan - garisan untuk menjahit kain
 
  Cara memulakan jahitan  
 
Jika menggunakan dua lapisan kain susupkan jarum melalui dua lapisan kain. Keluarkan jarum di mana mata jahitan akan bermula.
Mulakan dengan satu atau dua jahit kia. Kemudian barulan mulakan jahitan. Tinggalkan sedikit benang di dalam kain.
Kalau menggunakan satu lapisan kain mulakan dengan jahit kia kemudian mulakan jahitan.
Elakkan membuat simpul kecuali simpul yang nipis seperti di bawah.
  Cara menyambung dan mematikan jahitan  
 
Matikan benang lama dan masukkan benang baru dengan cara yang licin. Kerjakan supaya benang baru meliputi benang lama
Buat satu atau dua mata jahitan pada matajahitan yang akhir, kemudian susupkan jarum antara lapisan kain dan putuskan benang.
Satu cara yang lain ialah menyusupkan jarum melalui beberapa mata jahitan akhir SD. Cara ini adalah cara mematikan jahitan yang lebih kukuh