Make your own free website on Tripod.com

Hak cipta Unit Maklumat, Panitia Kemahiran Hidup
SMK Dato' Ahmad, 33400 Lenggong, Perak.

 

 
PANDUAN
S.L - Sebelah luar
S.D - Sebelah dalam
Kelim - proses menyambung dua kepingan kain Garisan pemadan - garisan untuk menjahit kain
 
aa
  JAHIT KIA  
 
Jahit dari kanan ke kiri. Mula dan matikan jahitan dengan kia
Jahitan pertama adalah seperti jelujur halus, kemudian jarum dibawa balik ke jahitan pertama dan dijahit ke hadapan semula.
Jahitan adalah halus dan panjang pendek (0.2 - 0.3cm)
Di sebelah luar ia kelihatan seperti jahitan mesin manakala di sebelah dalam ia seperti jahitan batang.
Digunakan juga sebagai jahitan sulaman

  JAHIT LILIT UBI  
 

Mulakan jahitan dengan meninggalkan kira-kira 1 cm benang di antara lipatan kain.

Jahit dari kanan ke kiri dengan jarum menegak tepat pada tepi kain dan menghala ke arah penjahit
Mata jahitan mesti rapat untuk mengelakkan alur daripada terjadi. Bentuk mata jahitan serong
Akhiri jahitan ini dengan menjahit balik ke kanan di atas 3-4 mata jahitan lilit ubi yang membentuk silang. Jahitan ini kukuh dan erat.