Make your own free website on Tripod.com

Hak cipta Unit Maklumat, Panitia Kemahiran Hidup
SMK Dato' Ahmad, 33400 Lenggong, Perak.

 

 
PANDUAN
S.L - Sebelah luar
S.D - Sebelah dalam
Kelim - proses menyambung dua kepingan kain Garisan pemadan - garisan untuk menjahit kain
 
aa

Jahitan penyambung adalah kekal dan mesti dijahit dengan kukuh. Kegunaannya adalah untuk menyambung dua atau lebih kepingan kain.
Benang yang digunakan mesti padan dengan kain yang dijahit dan warnanya. Jenis-jenis jahitan penyambung ialah jahitan mesin, jelujur halus, jahit kia dan jahit lilit ubi.

 

JELUJUR HALUS

 
 

Dimulakan dan dimatikan dengan jahit kia
Jahit dari kanan ke kiri dengan mata jahitan yang halus dan sama besar dengan jaraknya 0.3 - 0.5 cm

Kegunaan
Menyambung dua atau lebih kepingan kain
Membuat kedut
Melekatkan lapisan kain buat sementara
Menandakan kedudukan dan panjangnya lubang butang
Mengelakkan tepi kain daripada memeri
Mensekatakan kepala lengan
Sebagai jahitan sulaman