Make your own free website on Tripod.com

Hak cipta Unit Maklumat, Panitia Kemahiran Hidup
SMK Dato' Ahmad, 33400 Lenggong, Perak.

 

 
PANDUAN
S.L - Sebelah luar
S.D - Sebelah dalam
Kelim - proses menyambung dua kepingan kain Garisan pemadan - garisan untuk menjahit kain
 
aa

Jahitan boleh dibahagi kepada beberapa kumpulan seperti berikut:

Jahitan Sementara Jelujur sama panjang, jelujur panjang pendek, jelujur tegak, jelujur dan jahitan tanda
Jahitan Penyambung Jelujur halus, jahit kia, jahit lilit ubi, dan jahit mesin.
Jahitan Pengemas Sembat, Sembat Susup, lilit kemas, insang pari, jahit lubang butang dan silang pangkah
Jahitan Sulaman Jahit rantai, jahit batang, jahit kuku kambing, simpul perancis, jahit padu, insang pari dan silang pangkah
  Peraturan yang perlu diikuti sebelum menjahit  
 

Gunakan mata jahitan yang betul untuk kerja yang hendak dibuat

Gunakan saiz jarum dan jenis benang yang betul untuk kain yang digunakan.
Pegangkan kain dengan betul.
Mula dan matikan jahitan dengan kukuh, jangan gunakan simpul sebab ia mungkin terbuka, mengoyakkan kain halus dan menjadikan ketul-ketul kecil di dalam kelepet atau kelim apabila kain ditekan dengan seterika.
Cucuk benang ke mata jarum dengan menggunakan hujung benang yang diputuskan dari buku benang dan jadikan hujung ini hujung benang yang lebih endek diantara dua lembar benang di jarum supaya ia tidak akan berbelit, berpintal, bersimpul atau berambu.